fbpx

Sharnaaz Ahmad Lantik Diri Jadi ‘ADUN’, Bantu Golongan Memerlukan

Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai kempen bendera putih yang dilancarkan oleh netizen. Kempen tersebut turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi bantuan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sharnaaz meminta pengikutnya untuk berkongsikan sekiranya ada individu yang memerlukan sumbangan barangan keperluan harian. Difahamkan, Sharnaaz  memulakan bantuan tersebut dengan 100 pek barangan sumbangan sebagai permulaan.

BACA: Sharnaaz Ahmad Cari Calon Terbaik Untuk Masa Depan Jebat

“Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai ADUN yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantin diri saya untuk membantu.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut meminta orang ramai supaya peka dengan keadaan sekeliling dan memaklumkan kepadanya sekiranya ternampak bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan.

“Saya faham memang sekarang pasal bendera putih semua. Saya nak minta anda semua kenal atau ada orang sekeliling yang ada bendera putih, buka mata dan hubungi kami.

“Bantu mereka dengan kongsikan mengenai bantuan ini dan minta mereka datang dan ambil bantuan sumbangan ini. Ini cara pasukan kami membantu orang susah sekarang.