fbpx

Sharnaaz Ahmad Cari Calon Terbaik Untuk Masa Depan Jebat

Bekas isterinya, Noor Nabila sudah pun mendirikan rumah tangga pada Mac lalu, pasti ramai peminat mahu melihat pelakon Sharnaaz Ahmad bertemu pengganti dan berkahwin.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata buat masa ini dia masih lagi sendirian dan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana wanita. Menurut Sharnaaz dia masih dalam proses perkenalan kerana ingin mencari calon yang terbaik untuk anak lelakinya, Jebat Jayden.

BACA: Mesra Dengan Azira Shafinaz, Sharnaaz Ahmad Dah Jumpa Pengganti?

“Saya sekarang ini tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Apa yang saya boleh cakap, masih dalam proses mengenali kerana mencari terbaik. Yang terbaik itu bukan untuk diri saya tetapi untuk diri Jebat dan masa depan dia.

Sharnaaz menjawab pertanyaan itu apabila ditanya oleh Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin menerusi IG Live yang ingin mengetahui status hubungannya dengan penyanyi, Azira Shafinaz.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui pintu hatinya terbuka utnuk mencari pengganti selepas bercerai, namun Jebat tetap akan menjadi keutamaannya.

“Bukna tak fikir nak cari orang lain tapi ini untuk kebaikan Jebat. Saya bukan menggunakan Jebat sebagai alasan untuk apa-apa sekalipun. Tetapi itu adalah keutamaan,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada Mac 2017 namun disahkan bercerai pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden kini berusia 3 tahun.