fbpx

Mesra Dengan Azira Shafinaz, Sharnaaz Ahmad Dah Jumpa Pengganti?

Bekas isterinya, Noor Nabila selamat melangsungkan perkahwinan bulan lalu, ramai mendoakan pelakon Sharnaaz Ahmad segera bertemu jodoh.

Bagaimanapun, tiada angin tiada ribut timbul dakwaan mengatakan Sharnaaz sudah bertemu pengganti. Menerusi laman Cari Forum, hangat diperkatakan gambar mesra pelakon itu bersama Azira Shafinaz.

BACA: Shukri Yahaya Usik Sharnaaz Ahmad Nak Bawa Naik Belon Panas

Menerusi gambar yang dikongsikan di Insta Story, Sharnaaz mengucapkan terima kasih kepada Azira juga ahli kumpulan DeFam, disertakan emoji ‘kiss’ kerana memberikan hadiah pelitup muka.

Sebelum ini, Sharnaaz juga dilihat ada memuat naik posting mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Azira pada September lalu.

Malah, di Twitter juga ada beberapa netizen mengatakan Sharnaaz dan Azira serasi bersama serta berharap kedua mereka bertemu jodoh.

Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun bercerai pada Julai tahun lalu.

Tahun lalu, media melaporkan Azira sedang bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan. Bagaimanapun,setakat ini masih tidak diketahui status hubungan mereka.