fbpx

Sharifah Zarina Tak Kisah Anak Kahwin Muda Sama Sepertinya

Mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun, penyanyi Sharifah Zarina mengatakan dia tidak menyekat anak-anaknya untuk berkhawin di usia muda jika sudah ketentuan jodoh mereka.

Meskipun redha, namun Zarina berkata dia seboleh-bolehnya mahu kehidupan anak-anaknya terjamin dan stabil sebelum memilih untuk berkahwin di usia muda.

BACA: “Jangan Risau Kalau Dipaksa Kahwin Muda”

“Seperti Athalia misalnya, kalau dijodohkan berkahwin awal saya reda. Tapi kalau saya tengok kehidupan dia sekarang, dia sentiasa mencari bahan untuk bekerja… dari kecil lagi sebenarnya dia sangat suka berbisnes.

“Kadang-kadang ada baiknya dia teruskan hidup dia apa yang ada sekarang ini dulu, cari duit dan pelajaran sebanyak mungkin.

“Jadi, apabila sampai masa dia nak kahwin dia dah betul-betul establish. Selepas itu kalau dia nak kahwin terpulang. Saya tiada masalah dan saya reda,” katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh itu pernah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video TikTok menceritakan kisahnya berkahwin muda.

Katanya jangan risau jika kahwin di usia muda atau dipaksa kahwin di usia yang sangat muda kerana ada kelebihannya kerana akan dianggap seperti adik beradik apabila keluar bersama anak-anak dan boleh bermain TikTok bersama.