fbpx

“Jangan Risau Kalau Dipaksa Kahwin Muda”

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit penyanyi lagu Langit Ke Tujuh, Sharifah Zarina.  Jika sebelum ini hangat diperkatakan mengenai anak perempuannya, terbaru, video TikTok Zarina menceritakan kisahnya berkahwin muda menjadi bualan ramai.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian video tersebut, Zarina mengatakan jangan risau jika kahwin di usia muda atau dipaksa kahwin di usia yang sangat muda kerana ada kelebihannya.

BACA: Sharifah Zarina & Anak Mengamuk, Tak Puas Hati Dengan Layanan Restoran

Menurut Zarina, jika kahwin muda pasti akan dianggap seperti adik beradik apabila keluar bersama anak-anak. Malah, katanya jika berkahwin di usia muda boleh mengikut trend dengan bermain TikTok bersama anak-anak.

Bagaimanapun, perkongsian Zarina itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen apabila ada yang mengatakan penyanyi itu seolah sengaja menunjuk-nunjuk.

Malah, ada yang mengecam dengan mengatakan ini juga adalah kesan kahwin di usia muda apabila buat perkongsian mengarut di media sosial dek kerana tidak puas berseronok ketika zaman muda.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1320261937028943872?

Kata netizen lagi, perkongsian tersebut tidak memberi faedah seolah menggalakkan kahwin di usia muda hanya kerana mahu main TikTok dengan anak.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan ada mesej ‘tersembunyi’ yang ingin disampaikan menerusi video tersebut iaitu seolah memberitahu tak perlu risau jika kahwin diusia muda tetapi perlulah berkahwin dengan orang kaya.

https://twitter.com/arifhaynes/status/1310636951964274688?s=28

Untuk rekod, Sharifah Zarina mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun dengan Buswani Abdillah dan dikurniakan tiga cahaya mata, Athalia Deena, Ariana Deena, dan Alfenriz Habeeb.