fbpx

Sharifah Zarina Dipuji Sporting Teman Anak Gadis Dating

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Sharifah Zarina menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video menemani anak perempuannya dating dengan teman lelaki.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, penyanyi itu dilihat berada di sebelah meja anaknya bersama teman lelakinya itu di sebuah restoran.

BACA: Sharifah Zarina Terpaksa Pakai Turban Apabila Ke Amerika

@realsharifahzarina

?????

? ily (i love you baby) – Surf Mesa

Perkongsian Zarina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penyanyi itu sangat sporting serta tidak membiarkan anaknya keluar berduaan.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan anak Zarina bertuah kerana mempunuai ibu bapa yang sporting dan sentiasa menyokong anak.

Kata netizen lagi, meskipun sporting tetapi dalam masa sama dapat memantau anak-anak dan mengetahui dengan siapa mereka berkawan.

Terdahulu, anak perempuan penyanyi itu iaitu Athalia Deena Buswani pernah terpalit kontroversi kisah percintaanya dengan Alvin Chong dimana gadis berkenaan masih di bawah umur ketika itu.