fbpx

Sharifah Zarina Cuba Nasib Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi rap terkenal, MK K-Clique ada memuat naik foto di atas pelamin selepas majlis perkahwinan kakak bersama ahli kumpulan K-Clique, Fareed.

Menerusi posting tersebut, MK dilihat duduk berseorang di atas pelamin seperti sedang berlatih menjadi seorang pengantin.

BACA: MK Nikahkan Kakak Sendiri Dengan Sahabat Baik, Fareed K-Clique

Melihatkan foto tersebut, ramai wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada penyanyi itu. Bukan itu saja, perkongsian itu turut mendapat perhatian penyanyi Sharifah Zarina.

@realsharifahzarina

Cuba nasib@MK K-CLIQUE

? original sound – Sharifah Zarina – Sharifah Zarina

Dalam perkongsian di aplikasi TikTok, Zarina seolah mahu menjodohkan anak perempuannya Athalia Deena Baswani dengan MK. Sharifah Zarina juga juga turut berseloroh akan menjadi ibu mentua yang baik.

“Hai MK, awak cari calon bini ya? Insya-Allah boleh. Eh bukan untuk saya, bukan. Tapi saya janji saya boleh jadi mertua yang baik. Insya-Allah,” katanya.

Menerusi video tersebut, Sharifah turut bertanya kepada anaknya, Athalia sama ada dia mahu berkahwin dengan MK. Apa yang menjadi perhatian, Athalia menunjukkan reaksi terkejut dengan pertanyaan ibunya itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan tindakan Zarina yang ‘sporting’ mengusik anaknya mengenai soal jodoh.