fbpx

MK Nikahkan Kakak Sendiri Dengan Sahabat Baik, Fareed K-Clique

Ahli kumpulan K-Clique iaitu Fareed selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Siti Hawa Hamdan dengan sekali lafaz pagi tadi di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

Menariknya, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menjadi wali dan menikahkan sendiri kakak kandungnya itu dengan sahabat baiknya.

BACA: MK K-Clique Mengaku Anak Manja, Setiap Hari Telefon Ibu

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi Sabhu Saddi yang juga abang kepada Fareed di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mr Sabhi ?? (@sabhisaddi)

Memetik mStar Online, Sabhi berkata dia meluahkan rasa gembira adik kesayangannya akhirnya melangsungkan perkahwinan dan kini sudah bergelar suami.

“Syukur majlis berjalan lancar. Saya gembira melihat adik sudah berkahwin. Banyak yang dia lalui sebelum ini. Saya juga lihat Fareed berubah menjadi seorang yang lebih baik menjelang hari pernikahannya,” katanya.

Pada majlis tersebut, Fareed menyerakan seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Difahamkan, majlis nikah diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan majlis resepsi dijangka diadakan pada Disember depan.