fbpx

Sharifah Zarina & Anak Mengamuk, Tak Puas Hati Dengan Layanan Restoran

Baru sahaja reda kontroversi anaknya dengan Alvin Chong, baru-baru Sharifah Zarina dan Athalia Deena Buswani menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa bengang kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan oleh sebuah restoran.

Menerusi video dikongsikan, Zarina mempersoalkan profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya itu. Difahamkan, Zarina dan ahli keluarga ke restoran tersebut kerana mahu menyambut majlis hari lahir Athalia.

BACA: Alvin Chong Didakwa Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur?

Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di sana, pelayan restoran memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis tersebut akan ditutup untuk sebuah majlis.

“Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event apa korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list!

“Tadi aku kat depan tu que apasal kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?,” luah Zarina.

Sementara, Athalia juga sempat memuat naik video di TikTok mendakwa pemilik restoran memohon maaf dan menawarkan mereka dua keping kupon bernilai RM50.

Dalam pada itu, susulan video tersebut tular di media sosial, pemilik restoran berkenaan tampil memberi penjelasan mendakwa apa yang dikatakan oleh Zarina adalah fitnah memandangkan notip penutupan awal sudah dimaklumkan.

Kata pemilik restoran itu lagi, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.