fbpx

Alvin Chong Didakwa Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur?

Tiada angin tiada ribut, kecoh mengenai pelakon dan penyanyi Alvin Chong gara-gara videonya bersama seorang gadis bawah umur iaitu Athalia Deena Buswani yang merupakan anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Beberapa video aplikasi TikTok Alvin dan Athalia berlegar-legar di media sosial sekaligus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen mendakwa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta.

BACA: Alvin Chong, Michael Ang Berang Ustaz Abu Syafiq Nak Hapuskan Tulisan Cina

Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kurang senang dan beranggapan Alvin tidak sepatutnya bercinta dengan Athalia memandangkan gadis tersebut baru sahaja berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, Athalia tampil menjelaskan bahawa dia dan Alvin tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dan hanya meluangkan masa bersama sebagai rakan biasa sahaja.

https://www.instagram.com/p/B8ghHialE55/?utm_source=ig_embed

Dalam pada itu, Sharifah Zarina turut berseloroh dan tidak melatah apabila berhadapan dengan isu tersebut. Malah, Zarina turut memberi respon mengenai sebuah video TikTok yang menampilkan anak perempuannya itu dengan Alvin.

“Oh anak aku tu bukan main.. kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya. Comel orangnya,” katanya.

Sementara itu, Alvin bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi mengenai isu yang tular tersebut,  sbaliknya hanya akan menjawab segala persoalan mengenai isu berkenaan pada majlis sidang yang akan diadakan pada Jumaat ini.