fbpx

Sharifah Shahirah Tak Kisah Digam Stesen TV

Tidak kisah sekiranya namanya digam stesen televisyen, Sharifah Shahirah menyokong penuh tindakan suaminya, Ijoy yang menfailkan saman terhadap stesen TV AlHijrah Khamis lalu. Menurut Shira, beliau tidak pernah terfikir tentang itu namun jika ia terjadi, beliau percaya rezeki ada dimana-mana.

BACA: Sharifah Shahirah Selamat Lahirkan Cahaya Mata

“Saya tidak terfikir langsung soal nama akan digam atau tidak. Namun sekiranya perkara itu berlaku kepada saya, tidak mengapa. Bagi saya rezeki ada di mana-mana. Jadi saya tak perlu takut pun. Kalau mereka tak nak tawarkan saya pekerjaan, saya okey saja. Cuma sebagai isteri saya tetap mempertahankan tindakan suami”

“Ada sebab kenapa dia berbuat sedemikian. Orang kata berani kerana benar. Suami hanya menuntut haknya. Adakah itu salah. Disebabkan sudah tiada cara lain, jadi suami mengambil keputusan membawa ia ke peringkat undang-undang. Bukannya suka-suka nak saman,” jelasnya kepada Harian Metro.

Shirah menjelaskan tindakan suaminya memfailkan saman adalah untuk menuntut hak atas kerja yang sudah dijalankan sebelum ini. Dikhabarkan syarikat pengambaran milik Ijoy telah menfailkan saman terhadap AlHijrah Media Corporation (AlHijrah), menuntut pembayaran kerja produksi yang tertunggak sebanyak RM265,600. (rtky/w)