fbpx

Sharifah Shahirah Selamat Lahirkan Cahaya Mata

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan juga pengacara, Sharifah Shahirah kerana telah selamat menimang cahaya mata keempat semalam di sebuah pusat perubatan swasta.

BACA: Sharifah Shahirah Sahkan Hamil Dua Bulan

“Shiera dimasukkan ke hospital pada jam 6 pagi tadi (semalam). Mengikut perancangan awal, Shiera akan bersalin secara normal. Tetapi apabila Shiera masih belum menunjukkan tanda untuk segera bersalin, doktor memberikan pilihan supaya menjalani pembedahan”

“Alhamdulillah tiada sebarang kompilasi berlaku, malah mereka sihat dan selamat. Itu yang lebih penting,” kongsi suaminya Zulkfili Azahari atau Ijoy kepada BH Online. Sharifah Shahirah dan juga Ijoy sebelum ini dikurniakan tiga cahaya.

Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia serta dipermudahkan segala urusan dengan kehadiran cahaya mata baru dan pastinya ia akan menambah lebih lagi kemeriahan. (rtky/s)