fbpx

Sharifah Shahirah Sahkan Hamil Dua Bulan

Pelakon dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah kini mengesahkan beliau kini hamil dua bulan sejurus selepas pulang dari mengerjakan umrah pada hujung Februari lalu. Namun begitu, pada masa yang sama beliau turut bimbang kerana hamil pada usianya yang sudah mencecah 40an.

BACA: Sharifah Haslinda Dan Suami Bakal Bercerai

“Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu. Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga baru-baru ini”

“Saya berasa seperti hamil anak sulung sebab sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saya teruja nak melalui detik sedemikian. Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu apabila ditanyakan mengenai jantina bayi yang diimpikan pasangan ini selepas kali terakhir hamil tujuh tahun lalu, beliau menjawab bahawa harapan mereka suami isteri untuk anak keenam ini adalah seorang bayi lelaki.

Sebelum ini berita kehamilan Sharifah Shahirah menjadi bualan peminat di laman Instagram miliknya selepas kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah ini memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen, perut baru dua bulan kot. (rkty/w)