fbpx

Sharifah Shahira Lega Suami Sekarang ‘Melekat’ Di Rumah

Umum mengetahui, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini dan rakyat disarankan untuk duduk di rumah bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Menerusi Instagram, Sharifah Shahira sempat berkongsikan gelagat suaminya yang kini menghabiskan masa dengan tidur susulan Perintah Kawalan Pergerakan. Malah, Shahira turut meluahkan rasa lega suaminya kini berada di rumah.

BACA: Anak Dapat 6D, Sharifah Shahira Mohon Jangan Hina

Perkongsian Shahira itu turut mendapat reaksi daripada netizen yang mengatakan kapsyen penyampai radio Suria FM itu melucukan serta ada yang menyamakan suaminya dengan mereka yang banyak habiskan masa untuk tidur.

Mesti ramai isteri-isteri dekat luar sana lega bila tengok suami duduk rumah je. Kalau tidak tak habis-habis dengan projek mereka dekat luar sampai langsung tak duduk rumah.