fbpx

Anak Dapat 6D, Sharifah Shahira Mohon Jangan Hina

Umum mengetahui semalam keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan. Seperti biasa sudah pasti ramai netizen yang ingin mengetahui keputusan anak para selebriti.

Namun, keputusan anak pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira antara yang menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsiannya di Instagram, anak lelakinya iaitu Airell hanya mendapat 1A sahaja dan 6D dalam peperiksaan tersebut.

BACA: BM Hampir Gagal, Sharifah Shahira Tetap Bangga Dengan Anak

Tidak malu berkongsikan keputusan anaknya itu, Sharifah Shahira meminta netizen supaya tidak menghina anaknya. Ujarnya lagi, meskipun kurang dari segi pembelajaran namun dia mengharapkan anaknya membesar menjadi anak yang baik.

Perkongsian Sharifah Shahira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dan memuji tindakan Sheira itu kerana tetap menghargai apa sahaja keputusan yang diperolehi anaknya itu.

“Jangan hina anak kita…tau.. Kita pun macam tu dulu. Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup
Supaya hormat org tua dan tak macam org lain komen kecikkan hati orang. Tahniah yang dapat A. Jauhi DADAH. Banyak D ni,” tulisnya.

Malah, netizen turut memberikan kata-kata positif dan semangat kepada anaknya untuk berusaha lebih gigih di masa hadapan mengucapkan tahniah dan syukur kepada Sharifah Shahira dan anaknya itu.

Apa pun tahniah diucapkan kepada anak Sharifah Shahira yang sudah berusaha sebaik mungkin. Kalau ikutkan, ramai je yang tak pandai masa sekolah tapi sekarang bergelar jutawan.