Susulan bencana banjir melanda di beberapa negeri, ramai selebriti tampil menghulurkan bantuan sumbangan bagi meringankan beban mangsa terlibat.

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira turut melakukan inisiatif mengumpul baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka memerlukan. Selain makanan dan minuman, Shahira turut memberi bantuan pakaian dalam.

BACA: Sharifah Shahirah Bidas Netizen Cemuh Sharifah Sakinah

“Ni cakap terus terang ya, seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, saiz nasiblah main beli ni, ke banyak saiz XL ke atas, L faham sangat.

“Benda dah terdesar nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu pun benda penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana.

“Itu pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah, tapi ini sangat penting,” tulisnya.

Dalam satu perkongsian sebelum ini, Shahiera ada berkongsikan video di mana dia mengumpulkan baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Pahang.