fbpx

Sharifah Sakinah Umum Dah Kahwin

Spekulasi status hubungan Sharifah Sakinah dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen, akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan mereka sudah berkahwin.

Menerusi perkongsian di Instagram semalam, Sakinah berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu atas beberapa faktor peribadi.

BACA: Tak Serik, Sharifah Sakinah Belanja Foto Berendam Dalam Bathtub

“Disebabkan ramai bertanya, ya kami sudah berkahwin. Kepada mereka yang hairan kenapa kami tak umumkan perkahwinan kami adalah kerana isu peribadi dan membabitkan agama.

“Kami memilih untuk tidak menghebahkan sebelum ini, tapi sekarang baru kami bersedia untuk kongsi. Tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua,” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi pengumuman itu Sakinah tidak berkongsi lebih lanjut termasuk mengenai tarikh sebenar perkahwinannya itu.

Pada 5 Mac tahun lalu, Sakinah memaklumkan sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak 2020. Malah, Sakinah juga memberitahu bakal mendirikan rumah tangga pada Mei tahun berkenaan bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael.

Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha kini berusia lima tahun.