fbpx

Tak Serik, Sharifah Sakinah Belanja Foto Berendam Dalam Bathtub

Sebut sahaja nama Sharifah Sakinah, pasti ramai tahu ada sahaja kontroversi melibatkan pelakon itu yang sering tampil seksi.

Senyap seketika sebelum ini apabila dia ke Sweden pada Mei lalu, bagaimanapun Sakinah sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto mengundang kecaman ramai.

BACA: Sharifah Sakinah Akur Tak Boleh Lagi Memandu Kereta

Menerusi foto berkenaan, Sakinah dilihat berendam di dalam bathtub dengan gaya seksi serta menampak separuh bahagian badannya yang dipenuhi dengan sabun.

Dalam entri tersebut, Sakinah juga memaklumkan dia sudah kembali ke set penggambaran selepas berehat panjang.

Seperti sudah dijangka, foto Sakinah itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang turut terkejut serta meminta pelakon itu bertaubat.

Namun, ada juga segelintir netizen meninggalkan komen nakal daripada lelaki gatal pada gambar berkenaan yang mengatakan boleh cuci mata melihat gambar tersebut.