Baru-baru ini, Sharifah Sakinah berkongsikan mengenai khasiat ulam petai yang dipercayai mampu menangani masalah kemurungan dan stres. Menurut Sakinah, zaman sekarang ramai yang berdepan dengan tekanan.
Menerusi carian di internet, Sakinah berkata ramai individu yang mengalami kemurungan pulih selepas mengamalkan makan petai. Malah, Sakinah turut mengamalkannya dengan membawa petai kemana-mana sahaja.
BACA: Sharifah Sakinah Dikecam Tunjuk Perut, Punggung Promosi Produk
https://www.instagram.com/p/B9bzbZmBfXb/?utm_source=ig_embed
“Akhir-akhir zaman ni memang manusia tak lari dengan masalah anxiety, masalah stress, masalah tempat kerja. Jadi snek ni sangat senang beli je letak dalam beg tangan…hanyalah sayur-sayuran yang sangat penting. Hanya beli petai. Kalau bos bising-bising hanya ambil,” katanya lagi.
Petai merupakan antara makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia dan dipercayai mengandungi pelbagai khasiat tersendiri. Bagaimanapun menurut pakar, pengambilan petai secara berlebihan mampu membawa kesan sampingan terutama kepada pesakit buah pinggang.
Berita baik untuk semua! Watsons Malaysia kini sedang mengadakan promosi Beli Satu Percuma Satu untuk produk jenama Watsons terpilih di seluruh Malaysia! Jom serbu cawangan Watsons berdekat di seluruh Malaysia atau beli online di http://bit.ly/2wlS9Xq sekarang!
Promosi sehingga 30 Mac 2020 (SM), 6 Apr (SS). Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.