fbpx

Sharifah Sakinah Dedah Hidapi Disleksia, ADHD

Kelihatan normal dimata kasar, siapa menyangka Sharifah Sakinah sebenarnya penghidap disleksia tahap ringan serta Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

BACA: “Bukan Dah Pergi Mekah Ke Tapi Pakai Seksi Balik?”

“Saya ada masalah tumpuan singkat jadi sukar untuk fokus dalam melakukan tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang. Saya baca buku tetapi tidak mampu untuk menghabiskan mana-mana buku pun. Menonton filem pun separuh-separuh, menaip pun mesti typo teruk”

Menurut Sakinah, penyakit itu hanya disedarinya selepas tamat persekolah. Jelasnya, dahulu masyarakat tidak mempunyai kesedaran mengenai penyakit ini namun sekarang beliau mempunyai cara tersendiri mengatasinya.

“Selepas tamat persekolahan baru saya sedar ada ciri-ciri ADHD dan mild Dyslexia. Kalau dulu keluarga orang Melayu jarang nak ada kesedaran mengenai perkara ini tapi sekarang saya tukar hyper kepada senaman”

“Saya berlari sebelum membaca, sebelum shooting atau apa-apa majlis. Ia membantu saya untuk lebih fokus. Makan pun jaga, saya kurangkan pengambilan tenusu dan daging sebaliknya ambil lebih banyak buah,” jelasnya.

Selain itu Sakinah juga mengamalkan meditasi bagi membantunya untuk berasa lebih tenang. Tidak mudah untuknya mencuba pelbagai usaha untuk berasa lebih normal seperti orang lain, namun jelas Sakinah, ianya berbaloi. (rtky/w)