fbpx

Sharifah Sakinah Hilang Sabar Dengan Fathia Latiff

Ternyata tindakan Fathia Latiff menuntut hutang dari bekas kekasihnya tidak disenangi rakan artis termasuk Sharifah Sakinah. Sebagai teman baik Aiman Hakim, Sakinah menafikan dakwaan Fathia mengenai hutang tersebut.

BACA: Fathia Latiff Tuntut Duit Dari Aiman Hakim Pula

Menerusi Instagram, Sakinah pada awalnya enggan memberikan komen namun tindakan Fathia mengaibkan rakannya membuatkan beliau terpanggil. Jelasnya, Aiman tidak pernah mempunyai masalah wang hingga berhutang dengannya.

Malah Sakinah turut mendedahkan selama hubungan cinta mereka yang terjalin sebelum ini, Fathia sering mencetuskan masalah dan drama dalam perhubungan mereka sehingga putus beberapa tahun lalu.

Manakala Sakinah juga turut memberikan pesanan buat Fathia agar tidak menggunakan telefon andai beliau sedang sedih, tertekan mahupun dibawah kawalan dadah supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Turut berasa bengang dengan tindakan Fathia, Micheal Ang yang turut meluahkan rasa marah di Instagram. Jelas Micheal, dunia hiburan terlalu kecil untuk bergaduh sedangkan ianya boleh dibincang baik-baik.

Rata-rata peminat bersetuju Sakinah menyekolahkan Fathia berkenaan sikapnya kebelakangan ini. Malah ramai berpendapat Fathia telah memalukan kaum wanita yang behijab dek kerana perangainya. (rtky/w)