"Ni Lagi Sorang, Duit Aku Bila Nak Bayar"
Tiada angin tiada ribut, Fathia Latiff menyerang bekas kekasihnya pula, Aiman Hakim di laman sosial, menuntut wang yang dipinjam darinya. Menurut Fathia, Aiman telah menyekat panggilannya untuk menuntut hutang.
BACA: “Saya Dianiaya, Rakan Artis Letak Dadah Dalam Minuman”
Dalam posting itu (yang sudah dipadam), Fathia turut menggelar Aiman sebagai lelaki dayus selain memuat naik gambar pelakon tersebut di laman sosialnya. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Fathia memadam posting berkenaan.
Manakala hasil pemeriksaan di Instagram Aiman, ramai membanjiri akaun pelakon itu bertanyakan soalan mengenai dakwaan Fathia. Pastinya ramai mengatakan Fathia tengah ‘meroyan’ dengan bekas kekasihnya.

Selain itu ada juga menganggap Fathia memuat naik kenyataan tersebut kerana berada dalam keadaan tidak sedar disebabkan pengaruh dadah. Bagaimanapun Fathia tidak menjelaskan jumlah hutang Aiman kepadanya.
Peliknya kalau betul ingin menuntu hutang dari Aiman selepas menelefonnya, mengapa memadam kembali posting terbabit di laman sosial? Apa sebenarnya Fathia ingin buktikan? (rtky/w)
- SUMBER
- M Star Online
FATHIA DAH LALOK SAMA GENG DENGAN KAWAN DIA SI LUCAH TUUUU…
MAKIN TAK BETOL DUA2 EKOR
Aiman,kesian fatiha, bagi je lah barang RM300.00 kira sedekah dah tak ada duit tu nak beli rokok dan dadah….
semakin teruk dunia artis malaysia ….. tanda2 kiamat semakin hampir
apa dah ajdi pada retis ni…..
blh tak banned kan je fathia dari industri seni ni..banyak sgt la kontroversi dia..