fbpx

Sharifah Sakinah Enggan Rujuk Dengan Bekas Suami

Bulan lalu industri hiburan dikejutkan dengan perceraian pelakon Sharifah Sakinah apabila rumah tangganya dengan dengan juruterbang, Aliff Adha, sudah pun bertemu titik noktah sejak Mei lalu.

Meskipun mempunyai hubungan baik dengan bekas suami, Sakinah berkata dia enggan rujuk semula. Keadaan dirinya yang mempunyai masalah disleksia dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) punca mereka tidak boleh kembali bersama.

BACA: Sharifah Shahirah Bidas Netizen Cemuh Sharifah Sakinah

“Sejujurnya say lega selepas berpisah kerana tiada lagi orang boleh menuduh bekas suami saya sebagai dayus atau tidak tahu mengawal saya yang sukakan perhatian.

“Lagipun saya perlukan masa dan ruang untuk fokus pada diri saya terlebih dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Akui bukan mudah untuk untuk melalui fasa perceraian dan Sakinah berkata kehidupannya kini dalam keadaan tidak terurus serta dalam proses penyesuaian selepas berpisah dengan bekas suami.

“Kehidupan saya masih hari biru. Kami pun baru berpisah, jadi sudah tentu perasaan saya masih sakit kerana kami bukan bersama seharu dua dan saya dengan Aliff tak pernah bergaduh.

“Anais juga sering menitiskan air mata apabila berjumpa dengan bapanya dan sering meletakkan tangan kami bersama-sama,” katanya.

Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan bersama Anias Adha kini berusia tiga tahun.