fbpx

Sharifah Sakinah Dikecam Jadi Duta Pakaian Dalam Sukan

Nama Sharifah Sakinah bukanlah asing lagi dalam bidang fitness, terbaru beliau memuat naik beberapa gambar berpakaian dalam sukan bagi mempromosikan sebuah jenama besar sukan, Reebok.

BACA: Peminat Kritik Sharifah Sakinah Tayang Pusat Di IG

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Sakinah sedang membuat satu pose sambil menggayakan pakaian dalam sukan lengkap. Tidak lama kemudian, penuh ruangan komen dibanjiri komen peminat.

Rata-rata mengecam tindakan Sakinah berpakaian yang didakwa tidak menunjukkan keperibadian orang Islam. Difahamkan netizen juga saling berbalah sesama sendiri apabila ada pihak mempertahankan Sakinah.

Namun apa yang menarik perhatian kami adalah satu komen oleh seorang indvidu yang sinis mengatakan neraka mengirim salam, tapi tidak lama kemudian Sakinah terus membalas salam tersebut dan minta jumpa disana.

Hampir tergelak kami membacanya namun sebagai orang Islam sememangnya tidak patut Sakinah berpakaian sedemikian. Tapi penampilan Sakinah dalam bidang fitness sememangnya begitu sejak dari dulu kan? (rtky/w)