fbpx

Peminat Kritik Sharifah Sakinah Tayang Pusat Di IG

Selalunya peminat memang gemar melihat Sharifah Sakinah membuat parodi dan memberi komen mengenai kontroversi di kalangan selebriti. Kali ini gilirannya pula menjadi mangsa kecaman kerana gambar tayang pusat di Instagram.

BACA: Pembantu Rumah Merokok, Sharifah Sakinah Risaukan Anak

Difahamkan Sakinah memuat naik gambar terbabit bersama anaknya berserta dengan kepsyen positif mengenai dirinya. Namun kerana baju yang singkat dan terangkat membuatkan pusatnya kelihatan ketika mendukung anak.

Melihatkan gambar itu, peminat mula membanjiri ruangan komen menyekolahkan Sakinah. Selain menasihati Sakinah untuk lebih menutup aurat, ada juga komen berbaur sindiran apabila beliau sebelum ini pandai menyindir artis lain.

Kalau lihat di ruangan komen juga, ada pihak yang masih mempertahankan Sakinah dengan melabelkan orang Malaysia yang suka mengecam hingga mencetuskan perbalahan pula sesama mereka.

Rasanya ini bukanlah kali pertama Sakinah berpakaian seperti ini, dari dulu lagi memang karekternya dalam berfesyen seperti ini. Selalu orang kata, marah tandanya sayang, sebab itulah peminat tegur! (rtky/w)