fbpx

Sharifah Sakinah Dah Kahwin Dengan Mat Saleh?

Mengesahkan sudah pun bercerai pada Mei lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Aliff Adha, pelakon Sharifah Sakinah mengakui sudah bertemu pengganti dengan seorang jejaka Mat Saleh.

Sering memuat naik foto bersama, Sakinah didakwa memberi ‘hint’ bahawa dia sudah berkahwin dengan jejaka ‘mat salleh’ yang dikenali sebagai Michael Hansén.

BACA: Sharifah Sakinah Dah Jumpa Pengganti, Bercinta Dengan Mat Saleh

Menerusi satu foto yang dikongsikan oleh Michael menjadi perhatian ramai apabila ada netizen berpendapat mereka perlu segera mendirikan rumah tangga. Komen netizen itu dibalas oleh Sakinah dengan meninggalkan emoji cincin.

Melihatkan perkongsian Sakinah itu, rata-rata netizen mendakwa pasangan itu sudah pun berkahwin namun tidak didedahkan kepada umum.

 

Dalam pada itu, ramai yang tidak melepaskan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut sebaik sahaja melihat emoji cincin yang ditinggalkan oleh pelakon itu di ruangan komen.

Tidak berahsia mengenai hubungannya dengan jejaka Mat Saleh itu, sebelum ini Sakinah berkata perkenalan mereka bermula di pusat senaman selepas selesai tempoh edah. Sakinah juga mengatakan jejaka tersebut tua 10 tahun darinya.