fbpx

Sharifah Sakinah Dah Jumpa Pengganti, Bercinta Dengan Mat Saleh

Mengesahkan sudah pun bercerai pada Mei lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Aliff Adha, pelakon Sharifah Sakinah mengakui sudah bertemu pengganti.

Tidak berahsia mengenai hubungannya dengan jejaka Mat Saleh itu, Sakinah berkata perkenalan mereka bermula di pusat senaman selepas selesai tempoh edah. Sakinah juga mengatakan jejaka tersebut tua 10 tahun darinya.

BACA: Sharifah Sakinah Akui Hidup Haru-Biru Selepas Bercerai

“Sekarang gembira..Saya seorang transparent.. Kalau betul mengaku jelah. Yelah.. Satu hari jadi yang sama, 10 tahun beza umur. Selepas habis edah kami berkenalan di pusat senaman. Rezeki.. Baik pulak tu,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Sakinah yang ditemui di majlis Grand Finale Wholly Fitz di DoubleTree, Hilton, Kuala Lumpur semalam turut ditemani jejaka mat saleh tersebut.

Terdahulu, Sakinah menyatakan dia enggan merujuk kembali dengan bekas suami untuk memberi fokus kepada diri dan anak tunggalnya sahaja. Ujarnya,  dia memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 28 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.