fbpx

Sharifah Sakinah Akui Hidup Haru-Biru Selepas Bercerai

Sudah hampir empat bulan bercerai pada Mei lalu, Sharifah Sakinah berkata dia belum bersedia untuk bercakap mengenai soal rujuk semula dengan bekas suami.

Akui kehidupannya agak huru hara selepas bercerai, bagaimanapun Sakinah berkata dia memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

BACA: “Anak Ambil Tangan Saya Letak Atas Tangan Bapanya Sambil Menangis”

“Sejujurnya, hidup saya agak haru-biru kerana perceraian baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi.
“Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik,” katanya kepada Kosmo!.

Bagaimanapun, Sakinah berkata dia berasa lega selepas bercerai kerana tiada lagi tuduhan negatif dilemparkan kepada bekas suaminya, Aliff Adha. Ujarnya lagi, dia tidak boleh menjadi isteri yang baik, sedangkan Aliff suami yang sangat baik.

“Saya lega selepas kami bercerai kerana tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang menuduh dia dayus dan takut isteri. Kami berpisah secara baik dan tidak bergaduh.

“Tipulah jika saya langsung tidak berasa sedih. Hati ini masih sakit kerana kami bercinta dan berkenalan sudah lama. Namun, perceraian menjadi jalan terbaik buat kami dan kami perlu teruskan,” katanya.