Gara-gara menerima satu pesanan di laman Instagram, Sharifah Sakinah naik bengang apabila individu berkenaan ‘serkap jarang’ hanya melalui sekeping gambar yang dikongsikan. Namun Sakinah tidak berkongsikan gambar tersebut di Insta Stories.

BACA: Sharifah Sakinah Makan Nenas Terpaksa Gugur Kandungan



Menurut Sharifah, dia berharap agar mereka yang tidak mengetahui lebih lanjut tentang situasi kehidupan peribadinya agar tidak terlalu cepat membuat tuduhan. Melalui gambar yang dikongsikan tersebut, individu yang bertanggungjawab tersebut terus ingin menjatuhkan tuduhan namun masih belum mempunyai bukti.



Mungkin niat si pemberitahu tersebut sekadar ingin berkongsi namun ada eloknya bertanya dahulu satu persatu sebelum terus mencapai kepada pertuduhan.

Apa yang pasti, melalui perkongsian gambar dan video di laman sosial, keluarga Sharifah Sakinah dilihat sungguh ceria. (rtky/s)