fbpx

Sharifah Sakinah Makan Nenas Terpaksa Gugur Kandungan

Hamil anak kedua ketika anak pertamanya, Anais Adha baru sahaja berusia empat bulan, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia telah menggugurkan kandungan tersebut atas nasihat doktor.

Sakinah memberitahu, dia mengakui amat sedih namun terpaksa berbuat demikian atas faktor keselamatan dan kesihatan, serta diberi tempoh seminggu untuk mengeluarkannnya.

“Ketika itu, memang tidak menjangka hamil anak kedua. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihati untuk buang, saya sedih. Saya diberi tempoh seminggu dan saya makan nenas untuk keluarkannya.

“Sebenarnya, perkara itu sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.

“Kalau bersalin secara pembedahan, paling ‘gangster’ pun untuk hamil anak kedua adalah selepas enam bulan. Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sakinah, dia sudah pun bersedia untuk menimang cahaya mata kedua pada waktu itu.

“Pada masa itu, saya okey saja untuk anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.

“Namun, untuk sekarang belum bersedia sebab saya sangat sibuk. Malah, masa bersama anak pun terhad. Insya-Allah kalau tahun depan semuanya okey dan kerja pun tak banyak, baru boleh fokus tambah anak lagi,” katanya.