Sharifah Sakinah Akui Lebih Tenang Lepas Bercerai
Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kehidupannya kini lebih tenang selepas berpisah dengan suaminya, Michael Hansen pada hujung tahun lalu.
Memetik Astro Gempak, Sakinah menyedari ramai yang bimbangkan dirinya selepas dia membuat keputusan membotakkan rambutnya.
BACA: Sharifah Sakinah Cuba Nasib ‘Tackle’ Meerqeen?
“Saya jumpa ketenangan saya. Saya tahu ramai yang risaukan saya tapi terutama ketika saya botakkan kepala.
“Saya ok dan baik-baik saja kerana saya percaya pada diri saya. Saya begini pun masih ada rezeki untuk saya teruskan hidup.
“Kini Saya tenang ‘full of content’ penuh dengan rasa sayang dan lebih menyayangi anak saya. I botak ke macam mana I still ada rezeki pada saya percaya pada diri saya,” katanya.
Dalam pada itu, Sakinah berkongsikan perpisahannya dengan Michael berjalan dengan baik dan rasional. Ujarnya, mereka tidak dapat meneruskan hubungan kerana komitmen pada anak-anak.
“Saya dangen dia (Michael) habis macam tu je lah. Tak boleh teruskan sebab masing-masing dah ada komitmen dengan anak-anak.
“Dia tak boleh pindah sini (Malaysia) dan saya pun dah cuba untuk ikut dia berpindah ke sana tapi saya tak boleh kerana ada anxiety.
“Saya tak boleh tinggalkan anak saya. Saya anxiety sebab bila apa-apa jadi pada anak saya contoh waktu 3 atau 4 pagi, macam mana saya nak pulang dengan segera. Saya perlukan anak saya bersama,” katanya.
Terdahulu, Sakinah mengumumkan dia dan Michael sah bergelar suami isteri sekitar Februari 2022.
Tenang lepas setiap kali bercerai ke
Watching paint dry is more interesting.
Lilabner
Omg. This is funny! Hahahhaha
@Bde….ya ya.agree..hahaaaaa
Berhenti la dari dunia artis dan jadi diri sendiri tanpa tontonan orang ramai di sosmed. Sahih akan lebih tenang dua dua pihak..anda dan netz.
Bde & Sarina, if watching paint is not interesting enough try watching traffic light change colors. It’s more stimulating than reading about this fole.
kinah kinah… elok2 bekas suami berbincang @ X nak lepas kan tapi ko bermati2 nak cerai kerana nak serkup mat salleh terkandas PKP..
michael tu ada bini, ada anak @ family.. mana mungkin sesenang nak off macam tu.. ko bagi penyedap sikit masa PKP.