fbpx

Sharifah Sakinah Cuba Nasib ‘Tackle’ Meerqeen?

Pasti ramai tahu pelakon Sharifah Sakinah mempunyai karakter yang ‘gila-gila’ dalam lakonan mahupun realiti. Ada sahaja gelagat lucunya yang menghiburkan netizen.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan seorang pengguna Twitter dimana Sakinah menunjukkan mesej perbualannya bersama aktor kacak, Meerqeen.

BACA: “Bukan Bercerai Tapi Berpisah” – Sharifah Sakinah

@zatiirahim

lawak betul la dengan Sharifah Sakinah ni ? #foryoupage #fyp? #sharifahsakinah #meerqeen

? Jesnita – Azzam Sham & Ariff Bahran & Nobita Tersakiti

Dalam perbualan itu, Sakinah meluahkan perasaan dengan mengajak aktor itu ‘couple’. Mesej Sakinah itu mendapat respon positif daripada Meerqeen yang ‘melayan’ aktres berkenaan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengetahui kedua pelakon itu hanya melawak sahaja.

Lebih lucu, netizen terkejut dan terhibur melihat penampilan Sakinah yang menyerupai hantu selepas menunjukkan mesej tersebut.