fbpx

“Anak Ambil Tangan Saya Letak Atas Tangan Bapanya Sambil Menangis”

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan lima tahun sahaja selepas disahkan bercerai pada Mei lalu, Sharifah Sakinah berkata dia belum bersedia untuk bercakap mengenai soal rujuk semula dengan bekas suami.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Akui kehidupannya agak huru hara selepas bercerai, bagaimanapun Sakinah berkata dia memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

BACA:Sharifah Sakinah Enggan Rujuk Dengan Bekas Suami

“Sejujurnya, hidup saya agak haru-biru kerana perceraian baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi. Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik.

“Cukuplah saya menyusahkan dia dengan masalah ADHD yang saya hidapi.
Saya lega selepas kami bercerai kerana tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang menuduh dia dayus dan takut isteri,” katanya kepada Kosmo!

Ditanya mengenai penerimaan anaknya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun, Sakinah berkata anaknya itu sangat sedih kerana sudah tidak tinggal serumah lagi dengan bapanya.

“Dia masih kecil, namun saya tahu dia sangat bersedih terutama apabila sudah tidak tinggal serumah dengan bapanya.

“Setiap kali bekas suami datang melawat, Anais akan mengambil tangan saya untuk diletakkan atas tangan bapanya sambil mengalirkan air mata,” katanya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata dia kini menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri dan menjalani terapi. Malah, dia turut mengambil ubat mengikut preskripsi yang diberikan doktor.