fbpx

Sharifah Sakinah 4 Tahun Tak Memandu Kerana Disleksia

Pasti ramai tahu sebelum ini Sharifah Sakinah mendedahkan dia sebenarnya penghidap disleksia tahap ringan serta Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

Disebabkan gangguan yang dihadapinya itu, Sakinah memberitahu sudah empat tahun dia tidak memandu kereta dan takut untuk memandu jarak jauh, malah dia tidak tahu untuk membezakan kiri dan kanan.

BACA: Sharifah Sakinah Dedah Hidapi Disleksia, ADHD

“Sampai sekarang saya takut untuk memandu kerana orang yang menghidap disleksia tak tahu kiri kanan. Saya tak tahu mana satu pedal minyak dan pedal brek. Itu yang menyebabkan saya takut salah tekan.

“Saya boleh memandu cumanya dalam jarak yang dekat dan pastikan tiada gangguan seperti kereta dan lori yang banyak. Saya pernah mengalami kemalangan ketika sedang hamil dan sebab itu saya jadi takut untuk memandu lagi. Saya akan jadi truama.

“Kalau saya memandu, saya akan pandang belakang kalau-kalau ada kereta laju dari belakang,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Sakinah turut menasihati mereka diluar sana yang mengalami masalah sama sepertinya segera berjumpa doktor.

Terdahulu, Sakinah memberitahu dia menyedia penyakit itu selepas tamat persekolah. Katanya lagi, dia mempunyai masalah untuk memberikan tumpuan dan sukar untuknya fokus dalam melakukan tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang.