fbpx

Sharifah Rose Digelar Vivy Yusof 2.0

Belum reda dengan kontroversi didakwa meniru nama dan konsep jenama lain, nama pelakon baru Sharifah Rose terus menjadi bualan ramai.

Terbaru, satu rekaan tudung dari jenama Sekuntum miliknya dikatakan serupa dengan sebuah karya seni milik individu luar negara.

BACA: Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?

Bagaimanapun, Rose berkata perkara bahawa ia bukan plagiat, sebaliknya sudah bayar untuk mendapatkan rekaan tersebut. Bagaimanapun, di laman Twitter ramai yang tidak berpuas hati mengenai perkara itu.

Malah, ada netizen yang menggelar pelakon itu Vivy Yusof 2.0. Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa hairan mengapa ada yang masih menyokong produk-produk ini.

https://twitter.com/ShamsulAmin_/status/1500066939473117185?

 

Mungkin selepas ini Rose perlu lebih berhati-hati dan melakukan ‘kerja rumah’ lebih sedikit bagi mengelakkan isu sama tidak berulang.