fbpx

Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?

Baru-baru ini, pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Sharifah Rose ada memuat naik mengenai satu perkongsian mengenai perniagaan barunya yang diberi nama Sekuntum.

Namun, timbul cerita tidak sedap didengar apabila tular di laman Twitter status daripada seorang pengguna yang merupakan usahawan dan pemilik jenama tempatan Sekuntom.

BACA: Lakonan Dikritik ‘Kayu’, Netizen Hairan Sharifah Rose Dapat Job Berlakon

Menerusi entri tersebut, usahawan itu meluahkan rasa kecewa apabila nama dan konsepnya seakan-akan hampir sama dengan jenama baru yang bakal dikeluarkan oleh Instafamous itu.

 

Menurut usahawan itu, nama yang digunakan oleh Sharifah Rose sama tetapi hanya ejaan sahaja yang tidurkar. Bukan itu sahaja, logo jenama tersebut juga seakan sama menggunakan tiga kelopak bunga.

Perkongsian usahawan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan tindakan pelakon itu serta meminta penjelasan mengenai isu berkenaan.

Diruangan komen Instagram pelakon itu, rata-rata netizen bertanyakan sama ada benar atau tidak mengenai dakwaan tersebut. Tidak kurang juga ada yang mengecam tindakannya itu serta ada yang mengaitkan dengan lakonannya yang dilabel kayu.