fbpx

Sharifah Rose Dedah Pernah Ditawar RM60,000 Hanya Untuk Teman VVIP Makan

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose mendedahkan dia pernah ditawar sebanyak RM60,000 untuk menjadi ‘peneman’ golongan kenamaan atau VVIP.

Memetik Kosmo, Rose berkata bayaran tersebut ditawarkan kepadanya hanya untuk menemani golongan kenamaan makan.

BACA: Bertudung Sejak Usia 15 Tahun, Sharifah Rose Tak Terfikir Kembali Free Hair

“Saya pernah dapat mesej dengan menawarkan RM60,000 hanya untuk teman makan sahaja. Tapi saya fikir agak mengarutlah nak teman makan sahaja ditambah pula tidak mengenali individu yang perlu ditemani itu,” katanya.

Sementara itu, Rose berkata sikapnya yang introvert juga antara sebab dia menolak tawaran tersebut. Tambahnya lagi, selain menemani makan dia juga pernah diajak untuk bercuti oleh individu tidak dikenali.

“Saya jenis introvert, jadi saya rasa macam bahaya dan tak mahu pergi. Teman makan, teman pergi bercuti tapi saya tidak pernah balas pun. Tetapi yang membuat tawaran itu adalah seorang perempuan.

“Kadang-kadang kita tak tahu dengan siapa kita berkawan. Muka nampak baik tapi macam itulah kejadiannya,” katanya.

SUMBER: Kosmo