Pelakon Sharifah Rose mengakui bukan mudah baginya untuk kekal istiqamah apabila berada dalam industri fesyen dan hiburan tanah air.
Memetik Harian Metro, Rose berkata dia mengakui belum sempurna dalam menutup aurat serta meminta untuk mendoakan agar dirinya kekal istiqamah.
BACA: Sharifah Rose Akui Salah Sentuh Pelakon Lelaki
“Saya belum sempurna lagi pakai tudung dan doakan iman saya kuat untuk terus kekal istiqamah berhijab. Ia memang cabaran bagi setiap selebriti untuk terus kekal istiqamah berhijab dan kita juga perlu perlu kuat pendirian serta berada dalam persekitaran orang yang baik-baik juga,” katanya.
Dalam pada itu, Rose berkata dia tidak terfikir untuk buka tudung apatah lagi dia sudah mengenakan tudung sejak berusia 15 tahun lagi.
“Saya tidak pernah terfikir untuk buka tudung kerana sudah memakainya dari zaman persekolahan sehinggalah terbabit dalam dunia ‘modelling’ dan lakonan.
“Pada masa sama, saya sentiasa ingat pesanan emak supaya terus kekal pakai tudung sampai bila-bila pun walaupun kita belum sempurna lagi menutup aurat,” katanya.
Diminta mengulas mengenai ada selebriti yang membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, Rose enggan meniai tindakan individu berkenaan.
“Berhijab ini sebenarnya adalah urusan peribadi kita dengan Allah S.W.T. Pada pandangan saya, tidak semestinya mereka yang tidak berhijab itu tidak baik dan saya juga tidak mahu tanggung dosa orang lain dengan menilai mereka pula.
“Setiap kali nampak rakan artis buka hijab, saya sentiasa berdoa dalam hati semoga terus ditingkatkan lagi iman,” katanya.