fbpx

Sharifah Amani Umum Sudah Bertunang

Perkongsian pelakon Sharifah Amani di Instagram menjadi perhatian ramai apabila mengumumkan sudah pun bertunang dengan jejaka pilihan hatinya.

Menerusi perkongsian itu, Amani turut memuat naik foto memaparkan jari manis kirinya menyarung sebentuk cincin merisik dengan kapsyen, “Know know got fiance”.

BACA: Sharifah Amani Seru Orang Ramai Hentikan Isu Perkauman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)

Sebelum ini Amani pernah beberapa kali membuat perkongsian memperlihatkan sosok teman istimewanya itu namun tidak didedahkwan wajahnya sekaligus menjadi bualan netizen yang berteka-teki identiti jejaka tersebut.

Sementara itu, memetik BH Online, Amani mengaku sedikit gementar namun bahagia. Kata Amani lagi, dia juga belum bersedia untuk mendedahkan identiti tunangnya itu.

“Jujur, saya amat berdebar kerana selama ini, kisah peribadi antara yang bukan dijaja sejak bergelar anak seni. Tetapi, saya akur, perjalanan hidup manusia akan bertemu titik bahagia.

“Tiada istilah saya mahu menyembunyikan kebahagiaan yang sedang diteroka ini. Saya percaya, hal bahagia ini juga berhak dikongsi. Justeru, saya kongsi sedikit hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Amani berkata dia mengenali tunangnya sejak empat tahun lalu dan memaklumkan bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini.

“Nanti ketika bernikah, saya sedia kongsi identiti bakal suami. Sekarang ini, biarlah rahsia dahulu. Apa yang pasti, kami sudah kenal sejak empat tahun lalu… Saya selesa mengenalinya,” katanya.