fbpx

Sharifah Amani Sah Bergelar Isteri CEO

Tahniah diucapkan buat pelakon Sharifah Amani yang sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Ahmed Faris dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara pagi tadi.

Dalam majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

BACA: Bakal Suami Bijak & Lucu Buat Sharifah Amani Jatuh Hati

Memetik Kosmo, Amani meluahkan rasa syukur perjalanan majlis akad nikah dipermudahkan serta perancangan dilakukan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.

“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik Covid-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah,” katanya.

Berkongsi mengenai suaminya, pelakon berusia 36 tahun itu mengakui dia terpikat dengan kebijaksanaan Ahmed Faris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta  pandai menhambil hatinya

“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya. Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘gila-gila’ dan terbaik,” katanya.