fbpx

Bakal Suami Bijak & Lucu Buat Sharifah Amani Jatuh Hati

Mengikat tali pertunangan pada Jun lalu, bagaimanapun pelakon Sharifah Amani enggan mendedahkan tarikh sebenar bakal mendirikan rumah tangga.

Memetik mStar Online, Amani berkata dia tidak menolak akan berkahwin tahun ini juga. Katanya lagi, dia sedang melakukan persiapan majlis hari bahagianya itu.

BACA: Sharifah Amani Umum Sudah Bertunang

“Alhamdulillah saya gembira sekarang ini. Insya Allah diharapkan semuanya dipermudahkan. Rasa gementar itu memang ada apabila memikirkan pelbagai perkara, harap semuanya berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Amani enggan terlalu terbuka berkongsikan mengenai bakal suamiya. Ujarnya lagi, dia tertarik dengan bakal suaminya itu seorang yang bijak dan lucu.

“Kami memang tak mahu war-warkan di media sosial kerana apa salah boleh disalah tafsirkan oleh orang lain. Barangkali lepas kahwin saya akan kongsi.

“Dia seorang lelaki Malaysia dan kami kenal lebih kurang empat tahun. Dia seorang yang bijak dan lucu. Itu membuatkan saya tertarik,” katanya.