fbpx

Sharifah Amani Bakal Berlakon Filem Jepun, Bawa Watak Pelacur

Kredit berita buat GUA & gambar sekalung terima kasih buat rakan media kami, OHBULAN!. Ya, kami memang tidak pernah ada material sendiri. LOL.

Ingat lagi berita yang kami tulis tentang Sharifah Amani & tawaran berlakon filem Jepun sebulan yang lalu? Kini ada sedikit perkembangan buat anda semua.

Sharifah Amani yang di’temui media ketika majlis pelancaran drama Tiramisu mendedahkan informasi berkaitan filem Jepun yang bertajuk ‘Liberating Soul’ itu.

Gadis genit ini akal membawakan watak seorang pelacur dan mempunyai 33 babak dalam filem ini. Bront Palarae turut berlakon dalam filem ini.

“Filem ini akan ditayangkan di Jepun. Pada mulanya agak letih juga untuk berlakon dengan produksi sana kerana susah nak faham bahasa mereka. Namun, lama-kelamaan senang bekerja dengan mereka.”

“Saya dapat tawaran ini dari Moto Yoshi. Dia pernah terlibat dengan filem arahan arwah Yasmin iaitu Wasure Nagesa yang bermaksud Forget Me Not.”

“Bagaimanapun filem ini tidak dapat disiapkan kerana arwah terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi.”