fbpx

Omedeto! Sharifah Amani Sah Terima Tawaran Berlakon Filem Jepun

Nampaknya perjalanan seni Sharifah Amani semakin rancak. Selepas berjaya menerbitkan sebuah filem pendek sendiri, kini pelakon genit ini mendapat perhatian dair luar negara.

Pengumuman tidak rasmi Sharifah Amani melalui Twitter mengesahkan yang beliau ada menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuh filem Jepun.

Soalan balas kami masih tidak berjawab tetapi tidak mengapa, kami pasti media aliran perdana pasti akan kejar pelakon penuh bakat ini untuk jawapan pasti.

Dalam kisah lain, Scha al-Yahya yang memenangi Hot Chick Awards di Shout! Awards 2010 rupa-rupanya sekarang berada di Perth, Australia — mStar Online melaporkan.