fbpx

Shakilla Khoriri Nikah Esok? 

Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Shakilla Khoriri dikhabarkan bakal menamatkan zaman jandanya esok.

Memetik Astro Gempak, sumber terdekat memberitahu Shakilla bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

BACA: Shakilla Khoriri Terbuka Hati Bagi Fizi Ali Jumpa Ameena Empat Hari

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Jika benar khabar daripada sumber tersebut, tahniah kami ucapkan buat Shakilla.

Terdahulu, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada Februari 2018 namun berpisah pada Disember 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia empat tahun.