Pelakon Shakilla Khoriri berkata dia terbuka hati untuk menyatukan kembali anak mereka iaitu Ameena Sofia dengan bapanya, Fizi Ali selama empat hari selepas hampir tiga bulan tidak berjumpa.
Memetik Oh Bulan, Shakilla berkata dia turut gembira kerana Fizi menyatakan keinginan untuk berjumpa dan mengambil Ameena pada 1 Mac ini.
BACA: Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Kecam Fizi Ali
“Bila dia kata nak jumpa anak, saya pun happy dan akan ambil Ameena pada 1 Mac nanti, insyaa-Allah. Saya sebagai seorang ibu bagi sajalah dia (Fizi) ambil. Lagi cepat dia ambil pun tak apa. Saya pun tak mahu lebih ramai orang terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Shakilla berkata dia enggan perbalahan berpanjangan kerana sekaligus menyebabkan anaknya terkesan apatah lagi Ameena masih lagi kecil.
“Saya buat ini untuk menjaga ‘mental health’ Ameena sebab saya tak nak dia terkesan dengan keadaan yang berlaku disebabkan oleh kesalahan ibu ayah dia sendiri.
“Saya tak mahu perkara ini berpanjangan dan kalau boleh hari ini saya nak bawa dia berjumpa dengan ayah dia.
“Tetapi saya tak mahu Ameena lihat keadaan yang berlaku hari ini sebab dia masih kecil, baru berusia lima tahun. Apa yang berlaku hari ini tak bagus untuk dia,” katanya.
Difahamkan, Fizi berjaya mendapat persetujuan daripada pihak Shakilla untuk berjumpa dengan Ameena selama empat hari bermula 1 Mac ini. Sebutan kes hadanah kekal yang difailkan Fizi akan didengar semula pada 19 Mei depan.