fbpx

Shahz Jaszle: Wanita Itu Psiko Dan Sengaja Ingin Putuskan Pertunangan

Hujung minggu lalu kita di’kejutkan dengan penampilan berani seorang wanita di program hiburan Melodi mendedahkan dirinya sebagai pasangan khalwat Shahz Jaszle.

BACA: Wanita Tampil Mengaku Pasangan Khalwat Shahz Jaszle

Shahz Jaszle tidak mampu berdiam diri lagi apabila pelbagai tuduhan di’lemparkan kepada beliau dalam program tersebut walau tiada sebarang nama di’sebutkan. Ini luahan hati beliau kepada Berita Harian.

“Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat ini, memang dia ada berjumpa dengan tunang saya, untuk mendedahkan mengenai hubungan yang kononnya wujud antara kami”

“Tetapi, tunang saya tidak layan, malah tidak juga melatah”

“Mungkin kerana masih gagal memisahkan kami, dia menggunakan cara lain pula untuk memburukkan lagi keadaan. Memang saya sangat terkejut dengan tindakannya,” jelas Shahz Jaszle.

Pelakon ini juga memaklumlan yang beliau akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi untuk menjelaskan segala galanya serta menjawab semua tuduhan yang di’kemukakan wanita tersebut.

“Dia hanya menunjukkan sebahagian SMS saja, tetapi kenapa tidak kemukakan semua sekali apa yang dihantar kepada saya? Lagipun apa bukti menunjukkan saya penghantar SMS itu, sedangkan tiada nombor yang tertera pada paparan skrin telefon?” tambah Shahz Jaszle lagi yang mendakwa baru mengenali wanita itu tiga minggu.