fbpx

Siang tadi menerusi program hiburan Melodi, seorang wanita telah tampil untuk meluahkan isi hati beliau berhubung tangkapan khalwat yang berlaku ke atas seorang pelakon popular beberapa minggu lalu.

Mari namakan pelakon itu sebagai Shahz Jaszle supaya mudah cerita di’sini dan wanita ini yang tidak mendedahkan wajah atau namanya telah menyampaikan kisah yang berlainan dari versi pelakon itu.

“Semua orang dah tahu pasal kes seorang pelakon lelaki yang ditangkap khalwat. Dan wanita yang ditangkap khalwat dengan dia ialah saya,” ujar wanita itu di’awal temubual bersama Zuan Azmi itu.

“Ini bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa pun yang nak trap dia. Ikut prosuder, JAIS tidak akan tangkap satu jam selepas dapat maklumat”

“Mereka akan ambil masa lebih kurang dua minggu untuk melakukan intipan, baru buat serbuan. Kami telah diintip”

“Dia cakap jangan beritahu apa-apa tentang kami, hanya cerita yang ada lima orang di rumah dan dia sedang bersihkan baju konti hingga tertidur dalam bilik. Kalau tidur takkan dalam keadaan macam itu? Takkan JAIS akan umumkan ia sebagai kes khalwat?” tambahnya lagi.

Wanita itu mengakui juga yang beliau & Shahz Jaszle berada dalam satu hubungan yang serius walaupun tahu pelakon itu sudah bertunang dan turut mendakwa banyak menghabiskan masa bersama sama.

“Sama ada dia sudah bertunang atau tidak bukan alasan untuk kami tidak menjalinkan hubungan. Dia rasa sangat terpaksa bertunang atas kehendak keluarga,” tambah wnaita itu lagi.

Nampaknya pendedahan terbaru wanita ini membawa kisah tangkapan khalwat Shahz Jaszle ke satu era yang lebih menarik, apa cerita?