fbpx

Shahz Jaszle: Kehadiran Anak Ubah Hidup Saya

Pelakon Shahz Jaszle yang pernah dihimpit kontroversi suatu ketika dahulu memberitahu banyak perubahan berlaku dalam dirinya lebih-lebih lagi apabila dia kini bergelar seorang ayah.

BACA: Shahz Jaszle Akui Kerjaya Suram Kerana Kes Khalwat

“Alhamdulillah keluarga saya bertambah bahagia selepas isteri selamat melahirkan anak sulung perempuan. Sepanjang itu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya seperti komitmen saya semakin tinggi”

“Saya kena kerja kuat untuk menyara keluarga, tambah-tambah lagi apabila isteri sudah tidak bekerja lagi,” katanya kepada Rotikaya ketika ditemui di Majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016).

Sementara itu, Shahz Jaszle menjelaskan perubahan berat badannya yang kelihatan sedikit berisi kerana dia begitu bahagia dengan kehidupannya kini dan akan menurunkan berat badannya semula untuk memenuhi tuntutan kerjayanya.

“Saya naik badan 5kg dari 75kg ke 80kg dan dalam masa yang sama saya sedang berdiet semula untuk memenuhi tuntutan tawaran berlakon,” katanya yang telah mempunyai dua drama daripada TV3. (rtky/h)