fbpx

Shahrol Shiro Tegur Pelawak Minta Izin Dulu Jika Nak Tiru Watak Seseorang

Pelawak Shahrol Shiro menyarankan kepada golongan pelawak untuk meminta izin tuan badan terlebih dahulu jika mahu meniru watak seseorang.

Menurut Shahrol, lebih manis jika berbuat demikian agar tidak menyinggung mana-mana pihak ketika ia dipersembahkan sebagai bahan lawak untuk tontonan awam.

BACA: Anak Shahrol Shiro Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Dulu saya pun pernah meniru watak pelakon, Nasir Bilal Khan dan sebelum itu saya berhubung dengannya dan mohon keizinan terlebih dulu.

“Sebenarnya, watak seseorang yang ditiru itu tiada masalah tetapi dibimbangi netizen dan penonton jadi kurang senang,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Shahrol turut memuat naik gambar bersama anggota kumpulan Puteh iaitu Ali, Mamak dan Vicha bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Melaka untuk memohon maaf.

Baru-baru ini, tular di media sosial persembahan kumpulan Puteh di Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021), didakwa netizen mempersendakan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Susulan persembahan mereka itu, kumpulan tersebut digesa memohon maaf secara terbuka. Sementara itu, Ali berkata dia dan ahli kumpulannya mengakui kesilapan mereka itu dan akan lebih berhati-hati dalam memilih ‘content’ selepas ini.