fbpx

Anak Shahrol Shiro Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik

Baru berusia 8 bulan, anak pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi menghidap penyakit buah pinggan kronik. Shahrul berkata keadaan kesihatan anaknya semakin membimbangkan.

Isteri Shahrol iaitu Nor Farhanah berkata, buang pinggan anak kedua mereka itu sudah tiada dan memerlukan rawatan dengan segera.

BACA: Selepas Tauke Jambu, Shahrol Shiro Nafi Jadi Bapa Ayam

“Isnin lalu, hasil ujian dan pemeriksaan pakar mendapati buah pinggang Ismail belah kanan sudah tiada, manakala buah pinggan Ismail sebelah kiri pula sudah bengkak.

“Kata doktor, Ismail perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggan dan yang ada pun bengkak. Luluh hati bila dapat tahu buah pinggan Ismail rosak dan sudah teruk,” katanya.

Farhanah berkata, dia mula sedar sesuatu tidak kena dengan anaknya itu apabila sering demam dan air kencing Ismail tidak normal.

“Dia selalu demam on off, kalau tengok secara fizikal dia nampak macam sihat sahaja tapi naluri ibu kita rasa macam ada yang tak kena.

“Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh. Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan sedang menerima rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, Farhanah turut meminta orang ramai mendoakan anaknya itu segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Shahrol dan Farhanah berkahwin pada 18 Mac 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Iskandar Rizqi, 4 dan Ismail Rifqi, 8 bulan. Shahrol juga turut mempunyai seorang anak lelaki, Muhad Adam hasil perkahwinannya terdahulu.